Just smile -,-

Assalamualaikum ,

Aku tak tahu nak buat apa sekarang !
Yang aku tahu , aku just boleh senyum . Yes, itupun maybe buatbuat , sedapkan hati ;)

Ya Allah , apa entah yang jahat sangat aku ni , yes , dugaan dari-Nya .
Better PECAH dari bersedih hati selalu :')

Okay , ini sahaja untuk post kali ni .
Ajak ramai ramai leave aku dari hidup kauorang kay ?



Ni lahh senyum yang di BUATBUAT  ^^^

Kbaii , Assalamualaikum :')

TERbawa

Assalamualaikum .

Sepatutnya aku tak post pun entry nii pada minggu ini sebab maybe sekarang aku kat asrama . Heheh , ni aku balik rumah pun sebab aku FEVER , bila demam dah stabil , GASTRIC pula melanda . Ouh sangat perit .
Semua ubat ada empat jenis , tiap tiap ubat kena makan tiga kali sehari , Kena telan duabelas biji dalam sehari . Perghhh , seram .


Ni lah ubat ubat yang aku kena telan . Penat tahu . 


Lagi satu aku tunjukk . #Herghhh , sumpaa penat nak telan kau UBAT !

Okay , here , I want to tell , what had happened to my phone last Tuesday while returning to the hostel . Sebarang dialog dalam ni tidak pernah direka sama sekali , semua nya benar belaka , ada pun sikit bila ingat ingat lupa berdasarkan pengalaman yang ada , okay , just read .

Mulamula , aku rasa aku agak menggelabah  , padahal baru pukul berapa , bersiap pun awal gilaa . Tak tahu kenapa aku pun bole careless gilaa sehinggakan aku letak phone aku dalam pocket baju asrama yang aku sedang pakai . Then , sampai lah kat asrama . Bila dekat bilik , aku masukkan tangan aku dalam pocket baju , niat dihati nak keluarkan barang barang yang ada sebab nak tukar baju PREP HIJAU . Then , aku terkejut sebab ada phone aku dalam itu pocket . Terus aku bagitahu Farah Faiqa #Dah dia sorang jee yang ada masa tuh . Heeee :D 
After dapat tahu semua tuh , aku terus carik handkerchief [HKF] yang agak besar sikit . Aku ada HKF but very the keciks . Hahah , Aku pinjam dekat Wieda , besar punya dia bagi . #Perli aku kot Nazarul Wirda kita ni Thanks Nazarul :) Then , aku sumbat phone aku dalam HKF tersebut , lipat dengan kemas , Heheh , Then pergi solat asar dengan Mumtazah . Pastu kembali ke asrama semula , dan terus lepak kat tempat budak form four lepak selalu .Then , aku macam dah terfikir something , aku terfikir ---> macam mana lah kalau phone aku jatuh depan cikgu? .  Kemudian , nampak pula cikgu Fauzi , ketua warden asrama . Terus hilang gambaran aku sebentar tadi . Baru sampai pagar , dia dah inform , 

"Kumpul kat dataran !" #He talk too slowly voice , tapi jelas untuk pendengar macam aku , Heheh 

Aku tak rasa berdebar masa tuh , walaupun cikgu dah buat aku terkejut . Hahah , orang kata kalau berdebar ada something yang kita taknak , bakal terjadi . Yes , memang sikit pun aku tak rasa , walaupun aku sedang pegang phone aku yang ditutupi HKF Wieda . Heheh

Yang peliknya , tak pernah pernah cikgu lalu kat tempat form four #Tempat aku lah , sumpaa jarang cikgu lalu situ , selalu cikgu lalu kat jalan utama . Then , bila kawan kawan aku dah bangun , aku pun ikut bangun jugak . Masa tu cikgu kat belakang aku , sambil aku bangun dan terus berjalan dengan perlahan , aku raba raba lah HKF aku , manalah tahu kot yaa tak ada ke kan . 

Aku dah mula panik wa gelabah wa seram wa takut , macam macam perasaan ada masa tuh , serious cikgu betul betul kat belakang aku . Aku dah raba banyak kali HKF aku , sumpaa phone nya dah tak ada dalam tuh . Aku tanya Farah Norhana , 

"Farah , phone aku tak  ada dalam HKF ni , macam mana ?"

"Haa ? Tadi kau letak mana ? "

"Dalam nii lah "
Kedua dua kami sudah mula risau .

Then , kitaorang terus pandang belakang . 

Haa , depan mata aku , aku nampak phone nya jatuh depan cikgu , depan kaki cikgu , rasanya kat thumbs kaki cikgu sebelah kiri kot . Then cikgu pergi kutip phone yang agak buroks tuh , lalu dia memekik .

"Form four ! ! Siapa yang bawak handset ?"

" Saya " #Sambil aku angkat tangan paras kepala jeh 

"Kenapa kamu bawak ? "

"Terbawak cikgu "

"Terbawak ? Kan saya dah cakap , kalau sesiapa yang bawa barang larangan terus serahkan dekat CC kat pejabat sana , kalau dah dekat tangan saya , 24jam duduk luar ! Faham ! "

Sumpaa aku terkejut dengan apa yang cikgu cakap , masa tuh member member aku semua dah risau . Perkataan yang keluar dari member aku just macam ni 

"Pypa " 

"Pypa , kesian kau ." 

"Pypa "

"Pypa , sabar tau ."

Yes , memang perkataan yang sama , aku tahu kauorang kesian kat aku , sebab tuh kauorang buat macam tuh kan ? Aku senyum lah jugak masa tuh , padahal dalam hati CUAK gilaaa , simpang malaikat empat puluh empat . Mungkin Allah nak tunjuk kat cikgu masa tuh , dan aku redha jelah , but kalau sampai nak keluar asrama memang tak arr , nak kena marah ke apa . Aku ni anak last , and family aku pulak macam mana ? tak pasal pasal sorang sorang marah aku , dengar ceramah sorang sorang , Perghhhh , tak sanggup . 

Then , cikgu pergi naik tingkat dua , cikgu cakap dari atas sambil tangan kanan dia memegang Phone aku , kadang kadang tukar tangan kiri pulak , kitaorang hanya berdiri di bawah dan dengar apa yang cikgu cakapkan . Masa tuh tengah famous pasal kes bawak makanan itu ini tak boleh . Boleh bawak , tapi kena masukkan dalam bekas apaapa . Asalkan tak berplastik . Cikgu cakap pasal tuh semua , sumpaa aku tak dengar sebab fikiran aku khusyuk kat topic Phone aku tadi .Cikgu perasan jeh aku dah resah gelisah . Sampai dalam hati aku kata ,

"Ya Allah , besar sangat ke dosa aku , sampai boleh jadi macam nii , "
"Sumpaa , aku tak ada niat lain , aku just terbawak jeh."

Then , cikgu terus cakap pasal Phone pulak .

"Mana budak yan bawak Phone tadi ? " #Iye iye jeh tak nampak 

Sambil aku bercakap kecil

" Malu lah , malu sangat ! "

Then , aku angkat tangan , but cikgu still tak nampak . Member aku apa lagi .

" Ni lah cikgu "

"Kat sini cikgu "

Bebudak yang masih belum tahu siapa pimilik Phone tersebut mulalah memanjangkan leher , nak tengok siapa yang berlagak sangat bawak Phone , kan kan ?
Dengar aja member aku bersuara , baru cikgu perasan , dan dia teruskan berdialog dengan aku .

"Haa kak , lepasni kamu naik atas , pergi packing barang dan sila keluar dari asrama . Ehh , kamu duduk mana ?"

"Seri tiram ."

"Seri Tiram ? Haa , dekat jee , Bapak kamu boleh ambek kan ?"

"Tak boleh" #Aku just geleng kepala sambil aku tergelak sikit , Heheh , padahal boleh sangat

"Ahh tak kira boleh ke tak , kamu pergi call lepasni ."

Then , aku cakap kat sesiapa yang mendengar waktu tuh ,

"Yerk , baik tak payah tanya boleh ambek ke tak , apalah cikgu ."

Aku carik Kak Umie , then dia macam pujuk aku , aku pun cakap arr ,

"Jangan pujuk nanti nak nangis , haa tengok , nak nangis dah ."

Then , cikgu turun . Aku dah suruh member member aku back up aku kalau aku dah tak boleh cakap dengan cikgu nanti . Masa tuh , mata aku dah mula berkaca , kedip sekali jeh airmata membasahi pipi lah jawabnya . Then , aku datang dekat kat cikgu , aku panggil 

"Cikgu ! Sa .... Sayaa "

"Kamu pergi call bapak kamu dulu , ada duit syiling tak ? Siapa ada duit syiling bagi dia ."

Aku dah tak boleh nak bercakap masa tuh , sebab sedih sangat , entah apa reaksi parents aku kalau diaorang dapat tahu aku kena buang asrama . Susah nak bayangkan . Dah jadi macam TIGER + LION + SNAKE + CROCODILE maybe . Fullammak , bise siottt . 

Then , Rozan pun bagi lah duit syiling EMPAT PULUH sen kat aku . Cikgu usha jee aku nak pergi call . Mesti cikgu pelik kan , sebab aku langsung tak mohon banyak kali kat cikgu biar tak kena buang asrama , sekali pun belum . Mana tak nya nak cakap pun kemain susah . Yes , Diam lebih baik daripada bercakap . Then , aku dah tekan pun number AYAH . Then , Diyana terus datang kat cikgu dan terus dia cakap 

"Cikgu , nah ."

"Apa ni ?"

"Handset cikgu , dengan baju dengan seluar jeans sekali. "

"Okay okay."

Cikgu ambek paper bag yang tadinya dekat tangan Diyana . Terus berdialog lagi dengan aku .

"Kak ! Sini kejap ."

"Aku ke ?" Tanya aku kat Mimi .

"Yela , engkau lah , pergi lah cepat ." Mimi membebel , Hahah

Then , aku terus letak telefon tersebut , nasib baik tak sempat call lagi . Aku macam nangis sikitlah masa tuh .

" Kak ! Cuba kamu jadi macam dia , awalawal lagi dah bagi . "

" Kalau tak saya pun nak bagi cikgu . "

Then , Farah Norhana menyampuk 

"Aah cikgu , macam mana dia nak bagi , dah cikgu terjumpaa dulu handset nya ."

Then , cikgu terus masukkan Phone aku kat dalam paper bag Diyana . Perghhhh , sumpaa aku tak jangka boleh jadi macam nii . Smart jee jalan cerita nya .

"Lepasni kamu buat lagi , saya buang kamu . "

Hahah , aku macam terkaku sekejap arr , then Diyana peluk aku , cikgu tengok jee . 
Alhamdulillah , Ya Allah , aku bersyukur gilaa waktu tuh , sampai aku menangis dekat kawan kawan aku . Aku berterima kasih gilaa kat kau Diyana , kalau tak ada kau , aku dah tak merasa bangun seawal 5 pagi dah lepasni and lari lari dari DM masa pagi sebab pagar nak ditutup pun maybe dah tak , and tak dapat nak pergi kelas samasama dengan Closed Friend aku agaknya , Syukur Alhamdulillah masih boleh buat semua tuh . 

Betulah orang cakap if niat kita baik , dibalas baik . If niat jahat , jahatlah . So , niat aku sumpaa bukan saja saja nak bawak , just tak sengaja phone tuh ada dalam pocket . Serious tak perasan . Please lah percaya . Dan sekarang aku digelar dengan panggilan HANDSET .
Alahh , sekejap jehh tuh .
Tahun lepas pun phone yang aku bawak nih hampir kena rampas , dah kantoi pun kat cikgu . Tapi sebab apa tah , tiba tiba tak jadi nak rampas . Tak tahu aku .
Tahun lepasnya lagi , memang dah sah kena rampas . Pehh Phone tuh dah lah comel , tapi tak seberapa lah . Heheh , yang penting aku sayang phone aku yang tuh .

Heishhh . Sumpaa aku trauma , sampai tak boleh tidur malam tuh .

Okay thanks Farah Norhana , dah bagi jam ,


Walaupun aku tak pernah suka warna biru , tapi comel jugak , Heheh , yang ini sama dengan Najaa , tapi dia punya warna pink .


Heee ;D But Norhana punya sama dengan Mumtazah kan ? Just colour jeh lain .
Untuglah Aen dapat colour hijau . 
Buuuuuuuuu ! dekat Aen :P

Thats all sayang ,

Kbaii , Assalamualaikum :D




What Else ?

Assalamualaikum .

Makin lama makin malas nak update blog nii , Heheh , disebabkan nak cerita something , kenalah rajin .

Okay , walaupun seminggu sahaja kat sekolah , but banyak betul yang berlaku .
Antaranya , aku pergi SM Teknik Kuala Selangor bagi menyertai pertandingan BADMINTON . Ouh hasilnya agak tidak memuaskan . #Cepat buat buuuuuuuuuuuuu kat aku Dua hari berturut turut aku dibawa oleh Cikgu Ariffae , guru disiplin sekolah dan salah satu jurulatih badminton bagi pelajar lelaki di SAM Tanjung Karang #Jangan harap pelajar perempuan nak diajar  Masa hari first pergi , boleh pulak sesat , tulah cikgu siapa suruh tak nak dengar cakap aku , dah suruh lalu jalan itu tak nak juga , Hahah , Sehinggakan bangunan cina mana entah dikatanya MASJID , Habis kena gelak dengan kitaorang . Hehehehe , Hari second pulak , Tunggu beliau berjam jam kat dewan . Time tuh baru pukul 8:05 minit pagi .  

" Cikgu nak pergi sarapan dulu lah"

"Haa ? Okay , cepat sikit cikgu"

"Tak lama pun , sejam lagi siaplah , Cikgu minum seteguk jee "

"Okay pukul sembilan tau cikgu"

Lama kan ? Sampai kitaorang tertidur dalam dewan tuhh , Then , cikgu lambat dua minit jee #Minum seteguk air sampai berjamjam Perjalanan kali ni beliau dah dengar cakap aku , beliau lalu jalan yang aku suruh semalam , But yang agak menggelikan hati . Bila dah nak sampai lorong masuk ke sekolah , entah macam mana boleh masuk TAMAN PERUMAHAN , sumpaa paling over aku gelakkan CIKGU masa tuh , Hahahahahhaha . Tulah setiap hari nak menang aje bila bercakap , Haa Hambek kau . 

STOP CERITA BENDA NII .

Okay , Hari mulamula dalam kelas , Farah Norhana menjadi baik hati kerana dia telah menghadiahi aku dan 'Ain Mumtazah gelang #Rasanya gelang kot Sangat berterima kasih dekat kau kawan . Dia beli gelang itu semasa dia bercuti di Melaka ;) Tak sangka dia tak pernah lupakan Pypa dan Aen , Heheh , Dan sekarang tigatiga ada gelang yang sama but Farah punya most gorgeous . Tak kesah lah yang penting kami adaa , siap bernama pulak . Sampai aku punya dah hilang namanya , padahal sikit pun tak kena air . Then Farah tolong pekatkan tulisan tersebut , Hasilnya ?


Abaikan yang kat belakang tuhh  #Charger Lappy aku

Nak tengok lagi ?


Heheh , comel kan ? Warna pink gitu >.<
Tapii aku suka Green da Merah . Kadang kadang pink pun boleh jadi , Heheh . Tengoklah minggu lepasni , Farah Norhana beli jam untuk ketiga tiga lagi . Hehhe , suka . Pakai duit sendiri kay ?

Next story , Hari kedua , meant , hari selasa , dapat pulak pinjam jam mahal , Hahah :)
Thanks kepada peminjam kerana sudi meminjamkan , Heheh , Start aku pakai jam tuh , semua dok pandang serong kat aku ? #Apasal ? Nak jugak ? Then , dorang cakap , jam siapa ni ? Asal besar sangat ? Hahah , dan seterusnya ayat yang sama di keluarkan . Ahhhh okay , malas nak cerita pasal dia .

Hari ketiga , Rabu . Dapat Chocolate Cadburry Black Forest . Wah wah thanks kerana memberi :)
But satu yang buat aku geram gilaa ,  boleh pulak Exco buat sportcheck . Habis semua makanan di ambil . Sabar jelah , But mesti orang yang bagi tuh sedih kan ? Sebab aku tak sentuh sikit pun Chocolate dia , Sorry :'( Kejam kan ? At least bagi lah aku makan sikit , huh =,= Sabar jelah 



Cadburry yang langsung belum disentuh lagi  ^^^^^^^


Hihih , Then hari Jumaat , My Lovely Sister give me the sweet . Thanks Umie Kartika ;)
Loveyou damn much :*
Yes yes yess , memang kauorang semua suka bagi makanan ringan dekat aku kan ?
Hahah ;)


Belum makan lagii ada dekat peti sejuk , kejap lagi makan kot >.<
Heheh .
Okay lah thats all 

Malas nak membebel panjang lebar ;)

Kbai
Assalamualaikum .

Salam Maulidurrasul kepada seluruh umat Islam didunia :D


Entries lama --'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Thank you. Terima kasih. Datang lagi bila bila. Cerita tak banyak. Hehehe. Bye. Assalamualaikum.